WELCOME MY FRIENDS.....JANGAN MALU, JANGAN SEGAN, JANGAN MEMADDLEPOPKAN DIRI...INI BUKAN PRIVATE BLOG, SO BEBAS LA UNTUK KAKI-KAKI SKODENG BLOG ORANG TU.....KEKEKE....

Friday, August 12, 2011

Raya???


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian. Sekarang dah nak dekat dengan raya. Sedih pula rasanya sebab aku belum lagi prepare apa-apa baju raya. Alamatnya tahun ni aku pakai baju raya pasang siap lagi lah. Tahun ni dapat bonus dari kerajaan, tapi macam tak cukup pula rasanya RM500 tu. Yalah, bonus setengah bulan gaji la katakan, orang gaji besar dapat lebih lah, orang gaji kecik macam aku dapat sikit lah. Mengapa la PM tak kasi selaras. Orang kaya tambah kaya, orang miskin tambah miskin. Pelik aku. Cakap ja lebih, "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Takda maknanya kalau tak selaras. Anyway, kita sambung balik cerita pasal raya. Rasanya warna apa baju raya tahun ni yang sesuai yer? Tahun lepas dah pakai baju warna ungu bercorak batik(pasang siap). Teringat pula aku dengan "Pilak" yang lalu berhampiran Centre Point raya tahun lepas, adakah patut "Pilak" tu pun pakai baju yang sama dengan baju yang aku pakai. Jatuh standard aku kena kasi ketawa oleh kawan-kawan aku. Hampehhhhh...Pandai juga "Pilak-pilak" ni bergaya. Hahahahahaha..Persediaan kuih-muih camna pula? kawan-kawan dah preparelah? Aku ni belum prepare lagi ni..Tapi tahun ni aku nak buat kek batik la rasanya. Tahun lepas dah try buat tapi tak berapa menjadi. Hehehehehehe...Harap tahun ni menjadi la kek batik aku. Huhuhuhu...Kalau dengan preparation kat rumah ni pula aku pun tak taulah. Rumah dah tak cantik kan, kasi bersih jelah apa yang patut. Time-time puasa ni kan puasa korang penuh kah? Harap-harap penuhlah macam aku(angkat bakul). Hahahahaha...Aku harap raya tahun ni meriah dan memberi seribu satu erti kepadaku kerana dah berapa tahun raya dah tak best. Oklah, sampai di sini saja coretan rayaku. Nanti cerita pasal perkara lain pula yer friends.. Thx.. :)

No comments:

Post a Comment