Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini nak cerita mengenai kelip-kelip. Hehehehe...Kemarin bersamaan 16 Ogos 2011 aku dan kawan-kawan aku, Najah, Jango, Wani dan Rye pergi ke Beaufort untuk berbuka puasa. Kami bertolak dari kampung kira-kira dalam jam 2.30 petang. Awal kan? hehe..Alah, bukannya kami terus-terus pun pergi ke restoran mencari makan. Hahahaha...Aku dan wani ada urusan kat PPD Beaufort lagi. So, terbuang jugalah masa menunggu waktu berbuka. Selepas selesai urusan di PPD Beaufort, kami pusing-pusing pula kat CNF beli barang. Aku sempat beli dua helai seluar kerja. Hehehe..Seluar aku ada yang dah koyak dan ada yang dah sempit. So, terpaksalah beli. Selepas tu kami pusing pula satu kedai pakaian, lupa pula namanya. Hehehehe..Macam-macam ada, cuma tak berkenan sangat..Kekekeke..Abis pusing-pusing tengok pakaian, barulah kami pergi ke restoran al-amin. Mula-mula perancangan mau pergi ke KFC, tapi ada orang bosan makan KFC. Jadi, pilihan lain restoran tu sajalah. Hehehe..Oya, lupa pula, sebelum-sebelum tu si Jango tak ikut kami. Dia lambat sikit. Almaklumlah orang kerja jauh di KK..Ok, cerita pasal menu berbuka pula, aku order meggi goreng ayam, yang lain makan soto, roti canai and roti bom. Walaupun menu tak seberapa, kira ok la untuk alas perut. Setelah selesai berbuka, kami pergi pula tapau burger kat gerai burger sebelah CNF. Setelah beli, kami pun bertolak la ke Sungai Garama yang terkenal dengan "Bayau" dan kelip-kelipnya. Perjalanan mengambil masa 20-30 minit dari Pekan Beaufort. Dalam perjalanan kami sempat ternampak tikus mundok yg besar tu mati kena langgar di tengah jalan. Rasa geli pula tengok tikus tu. Yuksss! Sesampainya di pintu masuk ke tempat yang dituju, kami parking kereta di tepi jalan saja. Dan berjalan masuk melalui titian yang agak rapuh ke dalam kawasan yang di kelilingi kelapa sawit. Huhuhu.. Memang nampak seram ja tempat ni. Nasib bulan puasa, tidak jugalah difikir sangat benda-benda seram tu. Jauh juga lah perjalanan masuk ke dalam tu, ambil masa dalam 10 ke 15 minit kalau tak silap. Sesampai di dalam tu, kami terblur sebab teda pun kelihatan kelibat kelip-kelip. Masa tu, ada sorang abang tukang jaga tempat tu, kami pun tanya la sama ada kelip-kelip tu ada kah tiada malam tu. Abang tu dengan baik hatinya menunjukkan kami kelip-kelip tu yang bersembunyi di balik pokok ara. Hahaha..Tak banyak bilangannya, sadis betul. Apa-apa pun, tertunai juga hajat si "kawan" yang terpingin mo tengok kelip-kelip walaupun tak seindah kabar. Hahaha..Anyway, thanks abang yang kasi tunjuk-tunjuk tu. Hehehe..Jasamu dikenang. :)
Sori, tiada gambar yang dapat ditangkap. So, ni sajalah gambar-gambar curi dari blog orang lain. Hehehe...
Pintu masuk
inilah kunang-kunang @ kelip-kelip
No comments:
Post a Comment