WELCOME MY FRIENDS.....JANGAN MALU, JANGAN SEGAN, JANGAN MEMADDLEPOPKAN DIRI...INI BUKAN PRIVATE BLOG, SO BEBAS LA UNTUK KAKI-KAKI SKODENG BLOG ORANG TU.....KEKEKE....

Friday, August 12, 2011

Bila berat dah berkurangan semula


Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai sahabat-sahabat sekalian. Bila bercerita pasal berat badan ni aku memang sensitif sedikit. Bukan apa, aku dah bosan dah jadi kurus ni. Terasa juga nak berisi sedikit macam orang-orang lain. Badan ada shape kata orang. Ni tak, dahlah berat kurang, nampak macam rangka bergerak saja. Tetapi dalam tahun ni, dapat jugalah aku merasa kenaikan berat badan secara mendadak sehingga BMI badanku berada di paras normal. Biasanya BMI badanku akan berada di paras underweight. Huhuhuhu..Peningkatan ketara apabila beratku yang pada awal tahunnya adalah 50kg, tetiba saja meningkat sehingga 55kg. Selepas itu meningkat lagi ke 57kg, 58kg dan yang last 60kg. Sungguh tak dijangka juga boleh naik mendadak begitu dalam masa singkat. Mungkin faktor pemakanan kot yang mendorong peningkatan berat badanku ni. Tapi malangnya, berat aku tersekat pada tahap 60kg. Tak tahu mgapa beratku tak boleh naik-naik lagi. Geram betul..! waktu puasa ni yang susah ciket aku nak jaga berat badan. Makin hari makin kurang berat aku rasa. Entah camna nak kasi berat ni maintain. Terpaksa la tunggu time raya. Aku bedal ja semua ni. Hehehehehe...

No comments:

Post a Comment