Aduhai......mengapalah roti krim ni ada kat semenanjung saja...Aku dah mengidam sesangat nak makan roti ni..Aku tertanya-tanya dari dulu, "mengapa kilang gardenia di Sabah tak bikin roti ni?" walhal, kalau diikutkan roti ni kalau ada di sini mesti konfirm laku punya..Gerammmm!!
Wednesday, November 16, 2011
Wednesday, August 17, 2011
Berbuka Puasa-Tengok kelip-kelip
Sori, tiada gambar yang dapat ditangkap. So, ni sajalah gambar-gambar curi dari blog orang lain. Hehehe...
Pintu masuk
inilah kunang-kunang @ kelip-kelip
Sunday, August 14, 2011
Adjustable Absorber...yai!!~
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini aku nak cerita pasal adjustable absorber. Cerita pasal absorber ni, kereta aku masih pakai absorber standard belum pernah tukar-tukar. Kereta aku model proton Saga BLM kata orang. kekekeke..Dari mula-mula aku guna kereta aku ni memang dah ada masalah kat suspension belakang tu. Terlalu soft la. Pantang bawa orang lebih sikit mesti turun abis la. Dalam hujung tahun lepas aku ada tukar spring lowerd juga dan masuk rim 17". Memang sagat sangat la kat belakang tu. Aku dah try ketuk fender belakang tu, tapi masih juga masalah yang sama berlaku. Abis rim aku calar dan tayar aku pun dah hancur digigit fender tu. Adesssssss..Sekarang dah masuk balik rim 15" aku yang lama, so tak la hancur lg tayar aku dikerjakan fender tu. Tapi aku bercadang nak pasang balik la rim 17" tu. Bosan pakai 15" ni. Tak glamour langsung. Kekekekeke..Ada kawan cadang supaya pakai getah spring@power cushion buffer. Tapi setelah dibaca dalam blog-blog yang pernah aku servay, kereta akan nampak tinggi selepas pasang tu. Hurmmm..Leceh betul. Ada juga kawan yang bagi cadangan supaya pasang Adjustable Absorber. Kalau pasang memang puas hati la kata kawan aku. Tapi budget kena sedia la. Barang tu bukan murah boss~ hahaha..Tapi aku teringin juga nak pasang barang tu. Bukan apa, untuk penggunaan jangka masa panjang kena teliti kan. Hehehe..Terpaksalah aku korbankan duit simpanan aku mo pasang Adjustable tu.
Friday, August 12, 2011
Bila berat dah berkurangan semula
Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai sahabat-sahabat sekalian. Bila bercerita pasal berat badan ni aku memang sensitif sedikit. Bukan apa, aku dah bosan dah jadi kurus ni. Terasa juga nak berisi sedikit macam orang-orang lain. Badan ada shape kata orang. Ni tak, dahlah berat kurang, nampak macam rangka bergerak saja. Tetapi dalam tahun ni, dapat jugalah aku merasa kenaikan berat badan secara mendadak sehingga BMI badanku berada di paras normal. Biasanya BMI badanku akan berada di paras underweight. Huhuhuhu..Peningkatan ketara apabila beratku yang pada awal tahunnya adalah 50kg, tetiba saja meningkat sehingga 55kg. Selepas itu meningkat lagi ke 57kg, 58kg dan yang last 60kg. Sungguh tak dijangka juga boleh naik mendadak begitu dalam masa singkat. Mungkin faktor pemakanan kot yang mendorong peningkatan berat badanku ni. Tapi malangnya, berat aku tersekat pada tahap 60kg. Tak tahu mgapa beratku tak boleh naik-naik lagi. Geram betul..! waktu puasa ni yang susah ciket aku nak jaga berat badan. Makin hari makin kurang berat aku rasa. Entah camna nak kasi berat ni maintain. Terpaksa la tunggu time raya. Aku bedal ja semua ni. Hehehehehe...
Raya???
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian. Sekarang dah nak dekat dengan raya. Sedih pula rasanya sebab aku belum lagi prepare apa-apa baju raya. Alamatnya tahun ni aku pakai baju raya pasang siap lagi lah. Tahun ni dapat bonus dari kerajaan, tapi macam tak cukup pula rasanya RM500 tu. Yalah, bonus setengah bulan gaji la katakan, orang gaji besar dapat lebih lah, orang gaji kecik macam aku dapat sikit lah. Mengapa la PM tak kasi selaras. Orang kaya tambah kaya, orang miskin tambah miskin. Pelik aku. Cakap ja lebih, "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Takda maknanya kalau tak selaras. Anyway, kita sambung balik cerita pasal raya. Rasanya warna apa baju raya tahun ni yang sesuai yer? Tahun lepas dah pakai baju warna ungu bercorak batik(pasang siap). Teringat pula aku dengan "Pilak" yang lalu berhampiran Centre Point raya tahun lepas, adakah patut "Pilak" tu pun pakai baju yang sama dengan baju yang aku pakai. Jatuh standard aku kena kasi ketawa oleh kawan-kawan aku. Hampehhhhh...Pandai juga "Pilak-pilak" ni bergaya. Hahahahahaha..Persediaan kuih-muih camna pula? kawan-kawan dah preparelah? Aku ni belum prepare lagi ni..Tapi tahun ni aku nak buat kek batik la rasanya. Tahun lepas dah try buat tapi tak berapa menjadi. Hehehehehehe...Harap tahun ni menjadi la kek batik aku. Huhuhuhu...Kalau dengan preparation kat rumah ni pula aku pun tak taulah. Rumah dah tak cantik kan, kasi bersih jelah apa yang patut. Time-time puasa ni kan puasa korang penuh kah? Harap-harap penuhlah macam aku(angkat bakul). Hahahahaha...Aku harap raya tahun ni meriah dan memberi seribu satu erti kepadaku kerana dah berapa tahun raya dah tak best. Oklah, sampai di sini saja coretan rayaku. Nanti cerita pasal perkara lain pula yer friends.. Thx.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)